October 6th 2008

Tinta Lebaran (1)

Salam Aidilfitri buat semua.

Sambutan Aidilfitri kali ini agak hambar buat saya kerana inilah pertama kali merayakannya tanpa kehadiran Ma disisi yang telah pergi menyahut panggilan illahi pada Jun yang lalu. Bukan tidak redha kepada ketentuanNya tetapi perasaan kehilangan ini tidak dapat di elakkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

raya1  raya2  raya3
Hmm .. aktiviti sepanjang minggu raya ni. Tak banyak tapi yang sedihnya x sempat nak jumpa Pa dan mintak maaf di pagi raya. Seperti biasa oleh kerana rumah kedua orangtua kami dalam satu kawasan (bersebelahan blok sebenarnya) jadi tidaklah menjadi satu isu nak raya di mana. Memandangkan adik kini tinggal bersama Pa dan kebetulan semua adik-beradik suami beraya belah mentua masing2 tahun ni so kami check-in hotel mentua lar kiranya. So pagi raya sudah tentulah di rumah mentua, menyiapkan juadah raya dan sbgnya (saya x pegi sembahyang raya coz baby xder org jaga … alasan!). Al-kisahnya bermula rumah mentua di kunjungi sanak-saudara tanpa henti dari bermula mereka pulang sembahyang (x sangka ramai juga yg sambut raya pertama di KL ni). Dlm pada itu sempat juga pegi ziarah kubur2 arwah bila Pa telefon mereka ada di sana tetapi bila kami smpi mereka telah pulang rupanya. Dlm kesibukan melayan tetamu di rumah mentua tu tetiba lebih kurang pukul 2pm, atuk telefon cucunya yg mereka (keluarga adik & Pa) telah smpi di Bentong, rupanya mereka dah bertolak selepas bosan menunggu kami dtg, cam merajuk jer bunyinya kan! Sebenarnya kami mmg nak pegi agak2 lepas tu … namun paham2 jer lah.

ketupatRaya di bandar tidak pernah semeriah raya di kampung … ohh betapa saya rindu utk menyambut raya di kampung tapi apa nak buat, dah jodoh ngan orang bandar. Raya pertama yang agak sibuk juga bagi saya bayangkan ketupat yg selalunya sempat dibawa ke raya kedua telah habis pada petang hari tersebut. Terpaksalah rebus ketupat segera sebagai tambahan. Masuk raya kedua dah sunyi kembali … ipar-duai mulalah bawak haluan raya masing2, yang tinggal mak mentua, 2 adik ipar dan keluarga saya sahaja. Memang boring giler … opps lupa plak ada seorang bapa saudara yg sedang uzur kat KL ni (that’s why diaorg x balik kg), so kitaorg apalagi … serbu jer lah! Memang dah lama gak saya x melawat mereka ni, ada lar 2-3 bln. Tak di sangka pulak kunjungan kami kali ini memberi satu pengalaman yg sgt berharga kepada anak2 saya yang agak termoden sikit nih. Iya, buat pertama kali mereka merasai pengalaman mengukur kelapa …. si ayah pun sama gak rupanya …. excited masing2 nak cuba tunggang kuda kecik tu.

kukuryanie  kukurbeegan kukurall

Antara kenangan hari raya kami, byk lagi nak tulis sebenarnya tapi rasanya cukup dulu buat kali ini, terpaksa mengundur diri dulu coz esok bebudak dah start sekolah, bapak budak nak kerja plak … kami ni walaupun surirumah gitu tapi terpaksa kerja jugak (kerjarumah lar beb) … jumpa lagi di tinta yang akan datang ….

No Comments yet »

September 26th 2008

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Salam lebaran buat semua.

Sempena Syawal yang semakin tiba dan Ramadhan yang hampir penghujung saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Walau dimana sahaja kita menyambutnya samaada di bandar atau di kampung yang penting sentiasa beringat dan berwaspada. Bagi yang pulang kekampung, berhati-hatilah di jalanraya. Yang paling best raya di bandar ini ialah …. ke mana sahaja pada bila-bila masa, jalan clear beb!

::Kad Ucapan Raya Percuma

p/s : apa nak buat, tu lar apsal kahwin dgn org bandar ye tak! tapi x kiralah dimana kita … raya tetap raya kan!

2 Comments »

May 10th 2008

Ibu, Kaulah Segalanya …

Salam buat semua.

Sudah lama saya meninggalkan arena penulisan di blog ini, bukan apa sekadar mencari sedikit ketenangan dan mencari kembali arah perjalanan dalam meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini. Sebenarnya saya terpanggil untuk kembali mencoretkan bait-bait perjalanan kehidupan ini sempena menyambut hari yg amat bermakna khasnya untuk saya sendiri, Hari Ibu. hari ibu

Tidak dinafikan peranan seorang Ibu amat besar dalam sebuah institusi kekeluargaan itu. Pengorbanan seorang wanita bertarung nyawa untuk melahirkan seorang insan di muka bumi Allah ini tidak dapat dibalas hatta dengan harta satu dunia sekalipun. Bagi seorang wanita itu apabila beliau melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. Betapa besarnya tanggungjawab itu sehingga Allah memberi ganjaran ibarat bayi yang baru lahir seputih kain hatta tanpa secalit warna.

Baru-baru ini kami amat berbangga dapat menunaikan hasrat Ma (panggilan untuk ibu saya) untuk bersama-sama pergi berkelah seperti dahulukala iaitu sebelum dia jatuh sakit. Sebenarnya dia adalah salah seorang pengidap penyakit tiga serangkai kata orang, iaitu kencing manis + darah tinggi + jantung. Dan kini dia hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Namun kami tidak menghampakan harapannya, jadi pada hujung minggu yang lalu kami telah membawanya berkelah di Teratak Tekala, Semenyih.

Pada mulanya cadangan mereka untuk ke Ulu Yam tetapi memikirkan keadaannya yang berkerusi roda amat payah untuk kesana. Sudah agak lama kami tidak ke Tekala sebenarnya tetapi yang pasti jalan masuk ke dalam agak selesa untuknya yang berkerusi roda memandangkan jalan berbatu bata yang rata. Alhamdullillah, bukan sahaja dapat berkelah bersama malah dapat makan Ikan Terubuk Bakar yang telah sekian lama diidamkannya. Kami ada buat sedikit barbeque atas permintaannya, dan bukan itu sahaja yang dimakannya, udang, sotong, ayam dan macam2 semua dia makan, kami hanya membiarkannya bukan tiada niat untuk menghalang tetapi bak kata orang, jangan kempunan dikemudian hari ye tak!

nenek1.JPG

nenek2.JPG

Inilah beberapa photo yg sempat di rakam ketika di sana. Keluarga kami tidak besar, cuma tiga beradik, seorang abang dan seorang adik perempuan sahaja yang saya ada. Buat masa ini alhamdullillah Pa (panggilan utk ayah kami), masih sihat dan mampu menjaga Ma dengan baik, menghantarnya utk dialisis 3x seminggu di PPUM dan dibantu sekali-sekala oleh kami.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Ma kerana telah memberi kami peluang untuk melihat dan merasai nikmat Allah di dunia ini. Terima kasih atas pengorbananmu dalam memberi kami segala yang diperlukan dalam kehidupan ini dan membesarkan kami walaupun dalam kemampuan yang terhad. Tidak pernah jemu membantu kami sehingga kini …. memberi petunjuk dan bimbingan ketika kami melalui jalan buntu …. terima kasih sekali lagi.

Sekian. Wassalam.

4 Comments »

April 21st 2008

Berehat Sebentar!

Salam buat semua.

Coretan kali ini mungkin agak panjang …. harap sudilah anda membaca hingga ke nota terakhir.

blogwrittingTerima kasih kepada pembaca2 dan pelawat2 blog ini yang sudi singgah dan memberi pendapat serta nasihat kepada kepada saya selama ini. Chewah! cam sedih jer bunyinya kan. Sememangnya begitulah perasaannya ketika ini …. sebenarnya apa yang saya alami ini mungkin lebih kepada ‘culture shocked’. Lebih 15thn pengalaman bekerja dan 10thn dalam situasi rumahtangga, tanpa pernah memikirkan yang saya akan menjadi seorang ‘Professional Housewife’ (mengangkat martabat jawatan surirumah sebenornyer… heh heh). Bertambah sesak memikirkan yang selama ini saya bebas untuk berbelanja dengan wang sendiri tanpa berfikir dua kali. Berpeluang untuk memberi wang saku kepada ibubapa setiap bulan dan yang paling utama adalah anak2 dengan mudah dapat apa yang dimahukan tanpa perlu merengek dari ayahnya (mudah namun sentiasa bersyarat … agar mereka tahu bukan mudah untuk mendapatkan wang).

  • Allah itu maha mengetahui … sedang dalam keadaan keliru memikirkan bebanan tanggungan yang terpaksa dipikul oleh suami, Dia telah memberi petunjuk. Alhamdulillah, pada masa yang sama suami telah ditawarkan jawatan baru yang hampir 2x ganda pendapatan skrg … dan kami benar2 bersyukur padaNya.

peanuts-nevergiveupYa! tidak pernah memikirkan yang saya akan menjadi seorang ‘Fulltime Housewife’. Kisah saya bermula apabila syarikat terpaksa mengecilkan operasi dan kami telah diberi sedikit pampasan (mmg amat sedikit tapi kami bersyukur sekurang2nya tidak diberhentikan begitu sahaja!). Sungguh menyedihkan lebih2 lagi bila mengenangkan saat2 suka duka serta pengalaman yang telah saya lalui di sana. Untuk makluman anda saya adalah salah seorg staf ‘pioneer’ syarikat, 1-Jul-1999 betul2 seusia anak sulung saya, Yanie yang lahir pada 16-Mac-1999, masa pergi temuduga tu pun saya masih dalam cuti berpantang lagi! (heh heh … tapi dah lepas confinement tau tapi masih bercuti da!) Merupakan staf kedua syarikat bermula daripada seorang kerani sehingga ke jawatan akhir iaitu Penolong Pengurus, bermula dengan hanya kurang dari 10 staf pada tahun tersebut sehingga maksimum hampir 70 staff pada suatu ketika (boleh dikatakan zaman kegemilangan lar tu!). Namun takdir penentu segala, kini segalanya tinggal kenangan dan sudah pastinya akan sentiasa menjadi ingatan dalam kotak memori ini. Continue Reading »

5 Comments »

April 11th 2008

Tag: 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda

Salam buat semua.

Sebenarnya ada satu artikel yang sepatutnya keluar hari ni tapi dek kerana seorang teman lama telah mengenakan tag pada blog saya ni jadi saya memilih untuk menjawab tag tersebut dahulu dan menunda artikel tersebut ke minggu hadapan. Tima kasih Ali kerana telah menjadikan blog saya sebagai sasaran … heh heh ..

Aktiviti ni dimulakan

tag5perkaraSebelum tu, syarat2 tag ni adalah :
1. Cerita benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag 5 orang lagi rakan cyber anda.
3. Tempoh tag bermula dari masa ianya di cipta (entah la bila) dan tamat pada 27 April 2008.
4. Jawab dengan segera apabila anda di tag !

Pening jugak kepala ni nak pikir benda pertama dalam hidup ni coz banyak sgt kalau nak share 5 ni cam celah gigi jer … ehmmm mana nak pilih eh! Oklah … mula dengan :

Pertama

Pertama kali memanjat gunung - Banjaran Titiwangsa tapi x berapa ingat coz masa tu saya baru 15thn ikut team pelajar UM, kebetulan ayah seorang pemandu bas dan mereka tidak kisah kami ikut (saya dan adik perempuan yg baru 11thn). So kira glamour lah time tu, of course jadi cam centre of attraction coz kami ajerlah kanak2 dlm pendakian tu … jgn x caya setelah mendaki dan menurun 4 buah bukit kami akhirnya sampai ke kemuncaknya … best dpt bergambar dgn bendera yg mmg sedia terpacak kat situ. Continue Reading »

10 Comments »

April 9th 2008

Aku kecewa lagi …

Salam buat semua.

Sesuatu membuatkan saya kecewa dengan blog ini lagi. Saya pernah dua kali kehilangan data (atas kesilapan sendiri gak lar!) dan kini bermasalah dengan sidebar lagi …. sebenarnya saya tidak pernah menggunakan Mozilla Firefox sebaliknya lebih selesa bersama Internet Explorer sahaja. Namun beberapa minggu lepas seorang teman memberi komen menyatakan yg blog saya bermasalah bila view guna Mozilla ni. Dalam keadaan terkejut saya download perisian tersebut dan cuba menggunakannya, memang benar sidebar dan artikel page dah upside-down. Setelah melakukan beberapa risikan sahlah yang theme yg digunakan tidak sesuai untuk Mozilla. So, dari minggu lepas sebok mencari theme yang baru (sesuai utk dua2 sekali lar) yang pasti mesti berwarna merah … tetapi hingga kini belum ada yang sesuai … hampeh! Kalau ada yg nak rekomen tu … amat2 dialu-alukan ….
Hari ni rasanya sajer2 nak jalan2 melawat blog kengkawan plak … here we go!

blogword

1. zuhairy - wah! demam politik masih belum kebah di sini.

2. syia - wow! syia dpt hp baru rupanya N81 8GB lagi … tahniah dik.

3. afzaiafandi - amboi! bestnyer bercuti lagi …

4. azwan - bercerita tentang kehidupannya dan kerjayanya.

5. adilla - penuh dengan ilmu2 keagamaan dan cerita seorang ibu.

6. ktom - menyepi seketika, kembali dgn theme baru …

7. zool - citer pasal bisnes cacing … skrg jual apa2 pun bole buat bisnes.

Memandangkan 7 adalah salah satu nombor bertuah saya … jadi saya akan berhenti di sini dulu …

psst: jealous syia dpt hp baru … nak citer gak kita pun dapat hadiah daripada bapa saya baru2 ni tau walaupun dah berkahwin … tunggu post yg akan datang ..

Sekian. Wassalam.

5 Comments »

April 2nd 2008

Peluang Perniagaan Untuk Direbut Usahawan Malaysia

Salam buat semua.

Hari ini saya nak berkongsi satu artikel yang amat menarik yang ditulis oleh salah seorang IM yang saya kagumi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda pasti teruja pada topik ini. Bunyinya agak menarik dan setidak-tidaknya mampu mencetuskan rasa ingin tahu dalam diri anda, bukankah begitu!! Baiklah, topik kali ini akan menjadi asas sokongan pada topik-topik seterusnya. Kerana selepas ini saya akan menumpukan pada topik berkaitan bisnes dan peluangnya yang dapat diadaptasi oleh kita; suka saya tujukan pada sesiapa sahaja yang punya keinginan dan kemahuan untuk melakukan sebarang bisnes. Saya akan perkecilkan fokus pada tiap-tiap topik selepas ini supaya anda mendapat gambaran secara ‘step by step’ dalam apa yang saya perkatakan.

Ungkapan “Malaysia untuk dijual” ini pernah dilaungkan PM beberapa waktu dulu. Apakah maknanya? Ia adalah bermaksud kita harus menjadikan negara ini sebagai satu lubuk emas dalam perniagaan. Kita harus menjadikan kita sebagai sesuatu yang boleh ditawarkan kepada orang lain. Ia memberikan gambaran bahawa kita perlu punyai nilai-nilai komersial. Kita harus sedar bahawa

Malaysia mempunyai penawaran yang begitu lumayan dalam dunia perniagaan. Kita boleh dikatakan cukup lengkap dari pelbagai aspek. Saya akan jelaskan satu persatu, kalau tidak banyak pun secara sedikit bahawa MENGAPA KITA HARUS DIJUAL.

Pertama; GEOGRAFI
Malaysia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan dunia barat dan timur. Oleh itu, kita mempunyai 2 (Klang dan Tanjong Pelepas) laluan perdagangan yang terletak pada 10 laluan perdagangan utama dunia.Adalah rugi bagi rakyat Malaysia yang tidak berminat pada perniagaan antarabangsa kerana sudah jelas kita punyai kelebihan.

Kedua; POLITIK
Asas politik yang kukuh sejak sekian lama. Tidak banyak negara mempunyai sistem politik yang ampuh seperti dinikmati Malaysia. Ia suatu kondisi yang menjadikan kita mesra perniagaan.

Ketiga; PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kita setaraf dengan dunia barat. Lihat sahajalah SPM yang diduduki pelajar-pelajar kita. Tahukah kita bahawa ia adalah antara peperiksaan paling susah dalam pendidikan di mana-mana tempat di dunia. Ini memberikan kita sebagai insan yang berpelajaran tinggi, dan ini amat penting dalam dunia bisnes.

Keempat; KOS
Kita masih dalam lingkungan negara-negara yang menawarkan kos rendah walaupun kita mungkin ketinggalan kepada China dan India. Tetapi kita punyai aspek-aspek lain yang susah ditandingi oleh negara tersebut dan mungkin memerlukan masa untuk mengatasi kita.

Kelima; PRO-PERNIAGAAN
Dasar kita yang pro-perniagaan ini sudah banyak diakui oleh pelabur-pelabur baik tempatan ataupun luar. Perlu diingatkan, dasar kita tidak menyekat sebarang pengembangan perniagaan malahan kekayaan negara boleh dikaut sebanyak mungkin atas kemampuan dan kesungguhan kita.
Jelas dengan faktor-faktor dijelaskan, saya tidak melihat dan faham mengapa ada lagi dikalangan kita miskin di negara sendiri. Dan sedikitpun tidak patut wujud sebarang bentuk pengangguran jika kita bijak memahami ungkapan sebenar “Malaysia untuk dijual”.

Saya ingin meminjam kata-kata seorang ungkapan seorang pakar kewangan negara;

“Hidup di Malaysia adalah suatu merugikan jika kita tidak kaya”

 

msia flag

 

Sumber artikel : Team Saifulsham

5 Comments »

April 1st 2008

Pemeriksaan Kesihatan Komputer Percuma

Salam buat semua.

Baru-baru ini terbaca artikel mengenai keselamatan internet kepada pengguna lebih-lebih lagi melibatkan transaksi maklumat peribadi dan sulit sebagai aksses untuk sesuatu perkhidmatan. Menggerunkan apabila terbaca cerita mengenai penyalahgunaan data tersebut yang melibatkan bukan sedikit tetapi kekadang sehingga beribu ringgit. Jangan tak percaya bukan kita sahaja perlu untuk berjumpa doktor, komputer pun tidak terkecuali.

Sebuah syarikat tempatan, F-Secure Corporation telah memperluaskan lagi cabang perkhidmatan penyelesaian keselamatan bagi pengguna daripada serangan virus serta ancaman berisiko yang mampu membawa kemudaratan kepada sistem komputer sekali gus melindungi daripada gangguan. Dalam mencapai tahap keselamatan yang optimum, mereka  memperkenalkan khidmat pemeriksaan kesihatan untuk pengguna bagi melakukan pemeriksaan terhadap tahap keselamatan secara menyeluruh di Internet. Proses tersebut merangkumi pemeriksaan status keselamatan komputer termasuk sistem pengendalian, pelayaran web serta aplikasi perisian. Usaha ini adalah untuk memastikan komputer terjamin selamat dan membantu pengguna bagi menyelesaikan ancaman yang berpotensi selain sentiasa memberi khidmat nasihat. Dan berita baiknya khidmat tersebut ditawarkan oleh F-Secure secara PERCUMA.

Keputusan yang diterima setelah menjalankan ujian tersebut terhadap PC saya.

f-secure

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lengkap dan servis tersebut dengan melayari www.f-secure.com/healthcheck.

Sekian, semoga informasi ini berguna untuk anda. 

No Comments yet »

March 28th 2008

Report Percuma “Do You Have The Right Financial Mindset”

Salam buat semua.

Rasanya sudah lama saya tidak menulis mengulas mengenai sumber pembacaan saya. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah  ebook percuma yang diberi oleh salah seorang IM kita, Encik Zamri Nanyan. Masalah pengurusan kewangan merupakan salah satu punca kebanyakkan daripada kita termasuk dalam ”Senarai Hitam” disebabkan oleh hutang yang tidak dapat diselesaikan. Hari ini saya nak kongsikan satu sumber pembacaan yang pada pendapat saya amat berguna untuk digunapakai secara praktikal. Menurut beliau ebookini dihasilkan daripada himpunan beberapa artikel yang pernah ditulisnya. Kesungguhannya ternyata menjadikan ebook ini satu sumber pembacaan yang tidak patut dilepaskan. Dan yang pasti ia diberikan secara percuma.

financialmindset200.jpg

 

Klik link berikut untuk mendapatkannya :

http://www.zamrinanyan.com/success/yours-free-grab-em-all/do-you-have-the-right-financial-mindset-free-report/

 

 

 

 

Sekian untuk kali ini. Wassalam.

3 Comments »

March 27th 2008

Streamyx oh Streamyx …

Salam buat semua.

Sudah seminggu terpaksa berdiam diri … dan sudah dua kali dalam bulan ini sahaja. Ceritanya bermula begini, minggu lepas selama tiga hari hanya disebabkan oleh masalah connector yang tidak berfungsi. Laporan dibuat dan keesokkan harinya technician mereka telah datang kerumah dan memeriksa talian, mmg cekap sungguh mereka bekerja, tahniah! (jangan mare ye abg TM!). Kali kedua talian telefon tidak berfungsi lagi akibat hujan lebat pada 23Mac yang lalu dan seperti biasa saya pun buat laporan ke ‘100′ bahagian “Telefoni” (betul ker ejaan ni?). Namun selepas 2-hari line telefon dah ok tapi streamyx still xleh so call them dan as usual kita akan disuruh untuk melakukan beberapa perkara teknikal untuk trobleshoot yang sememangnya saya dah tahu pun (berlagaknyerrr saya!), namun saya lakukan juga kerana menghormati tugas mereka sebagai pembantu khidmat pelanggan (baiknyerrrr saya!). 

streamyx.jpgAt last dah buat exactly macam yang mereka suruh still lampu DSL tu blinking means line mmg x ok. According to them they need to check furhter and needs another 2days to tackle the problem. Hah! another 2days - yeah because the report i’ve made earlier which is on the 23rd was with regards to the telephone problem so now they need to forward this problem which falls on the 25th to the Streamyx department. Well what to do, just have to wait … but this impatient person calls them everyday (:D). So today at 2pm I manage to start browsing around the net freely …. fuhh how I missed doing this. (Fuyoh .. i’m writting in English … sori nak try to improve my English sebenornyer…). Berbalik pada cerita masalah internet saya tadi tu … dan hari ini pada pukul 2pm setelah membuat lebih kurang 3 panggilan kepada mereka hari ini akhirnya line internet saya telah berjaya diakses kembali ….

Saya nak kongsi beberapa tips troubleshoot yang perlu dilakukan sebelum anda menghubungi mereka :

  • Pastikan talian telefon anda berfungsi … maksudnya jika ada nada dering ok lar.
  • Jika tidak cuba lakukan direct connection untuk memastikan kabel telefon anda berfungsi dengan baik.
  • Lakukan direct connection utk kabel internet untuk memastikan kabel internet anda berfungsi dengan baik juga.
  • Cuba matikan suis dan restart modem anda kembali. 
  • Line anda sepatutnya dalam keadaan baik jika lampu DSL dalam keadaan stabil dan tidak berkelip-kelip.
  • akhir sekali …. pastikan bil anda tidak tertunggak kerana ini juga boleh menyebabkan talian anda tidak berfungsi …

Nota : Pastikan anda berada di hadapan PC atau Laptop untuk memudahkan proses troubleshoot tersebut.

Itu sahaja setakat ini …. 

Sekian. Wassalam.

No Comments yet »

- Next »