May 10th 2008
Ibu, Kaulah Segalanya …
Salam buat semua.
Sudah lama saya meninggalkan arena penulisan di blog ini, bukan apa sekadar mencari sedikit ketenangan dan mencari kembali arah perjalanan dalam meneruskan kehidupan yang masih bersisa ini. Sebenarnya saya terpanggil untuk kembali mencoretkan bait-bait perjalanan kehidupan ini sempena menyambut hari yg amat bermakna khasnya untuk saya sendiri, Hari Ibu. 
Tidak dinafikan peranan seorang Ibu amat besar dalam sebuah institusi kekeluargaan itu. Pengorbanan seorang wanita bertarung nyawa untuk melahirkan seorang insan di muka bumi Allah ini tidak dapat dibalas hatta dengan harta satu dunia sekalipun. Bagi seorang wanita itu apabila beliau melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya. Betapa besarnya tanggungjawab itu sehingga Allah memberi ganjaran ibarat bayi yang baru lahir seputih kain hatta tanpa secalit warna.
Baru-baru ini kami amat berbangga dapat menunaikan hasrat Ma (panggilan untuk ibu saya) untuk bersama-sama pergi berkelah seperti dahulukala iaitu sebelum dia jatuh sakit. Sebenarnya dia adalah salah seorang pengidap penyakit tiga serangkai kata orang, iaitu kencing manis + darah tinggi + jantung. Dan kini dia hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Namun kami tidak menghampakan harapannya, jadi pada hujung minggu yang lalu kami telah membawanya berkelah di Teratak Tekala, Semenyih.
Pada mulanya cadangan mereka untuk ke Ulu Yam tetapi memikirkan keadaannya yang berkerusi roda amat payah untuk kesana. Sudah agak lama kami tidak ke Tekala sebenarnya tetapi yang pasti jalan masuk ke dalam agak selesa untuknya yang berkerusi roda memandangkan jalan berbatu bata yang rata. Alhamdullillah, bukan sahaja dapat berkelah bersama malah dapat makan Ikan Terubuk Bakar yang telah sekian lama diidamkannya. Kami ada buat sedikit barbeque atas permintaannya, dan bukan itu sahaja yang dimakannya, udang, sotong, ayam dan macam2 semua dia makan, kami hanya membiarkannya bukan tiada niat untuk menghalang tetapi bak kata orang, jangan kempunan dikemudian hari ye tak!
Inilah beberapa photo yg sempat di rakam ketika di sana. Keluarga kami tidak besar, cuma tiga beradik, seorang abang dan seorang adik perempuan sahaja yang saya ada. Buat masa ini alhamdullillah Pa (panggilan utk ayah kami), masih sihat dan mampu menjaga Ma dengan baik, menghantarnya utk dialisis 3x seminggu di PPUM dan dibantu sekali-sekala oleh kami.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Ma kerana telah memberi kami peluang untuk melihat dan merasai nikmat Allah di dunia ini. Terima kasih atas pengorbananmu dalam memberi kami segala yang diperlukan dalam kehidupan ini dan membesarkan kami walaupun dalam kemampuan yang terhad. Tidak pernah jemu membantu kami sehingga kini …. memberi petunjuk dan bimbingan ketika kami melalui jalan buntu …. terima kasih sekali lagi.
Sekian. Wassalam.
Ya! tidak pernah memikirkan yang saya akan menjadi seorang ‘Fulltime Housewife’. Kisah saya bermula apabila syarikat terpaksa mengecilkan operasi dan kami telah diberi sedikit pampasan (mmg amat sedikit tapi kami bersyukur sekurang2nya tidak diberhentikan begitu sahaja!). Sungguh menyedihkan lebih2 lagi bila mengenangkan saat2 suka duka serta pengalaman yang telah saya lalui di sana. Untuk makluman anda saya adalah salah seorg staf ‘pioneer’ syarikat, 1-Jul-1999 betul2 seusia anak sulung saya, Yanie yang lahir pada 16-Mac-1999, masa pergi temuduga tu pun saya masih dalam cuti berpantang lagi! (heh heh … tapi dah lepas confinement tau tapi masih bercuti da!) Merupakan staf kedua syarikat bermula daripada seorang kerani sehingga ke jawatan akhir iaitu Penolong Pengurus, bermula dengan hanya kurang dari 10 staf pada tahun tersebut sehingga maksimum hampir 70 staff pada suatu ketika (boleh dikatakan zaman kegemilangan lar tu!). Namun takdir penentu segala, kini segalanya tinggal kenangan dan sudah pastinya akan sentiasa menjadi ingatan dalam kotak memori ini.
Sebelum tu, syarat2 tag ni adalah :

At last dah buat exactly macam yang mereka suruh still lampu DSL tu blinking means line mmg x ok. According to them they need to check furhter and needs another 2days to tackle the problem. Hah! another 2days - yeah because the report i’ve made earlier which is on the 23rd was with regards to the telephone problem so now they need to forward this problem which falls on the 25th to the Streamyx department. Well what to do, just have to wait … but this impatient person calls them everyday (:D). So today at 2pm I manage to start browsing around the net freely …. fuhh how I missed doing this. (Fuyoh .. i’m writting in English … sori nak try to improve my English sebenornyer…). Berbalik pada cerita masalah internet saya tadi tu … dan hari ini pada pukul 2pm setelah membuat lebih kurang 3 panggilan kepada mereka hari ini akhirnya line internet saya telah berjaya diakses kembali ….




